Sumber imej: pocketnews.com.my

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan seorang wanita menggunakan profil Facebook ‘Ratu Naga’ untuk memuat naik gambar bersifat jelik dan berunsur menghina melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali dengan nama ‘Ratu Naga’ dalam ruang siber. Sumber imej: FMT

Turut menjadi sasaran ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, menurut kenyataan SKMM pada Selasa.

Ia berkata dalam satu serbuan di premis suspek di Jalan Klang Lama pagi Selasa, beberapa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan kad SIM dirampas bagi membantu siasatan.

‘Ratu Naga’ juga pernah didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) de­ngan niat untuk me­nyakitkan hati orang lain pada Februari lepas. Sumber foto: Utusan Online

“Rakaman percakapan dengan suspek juga telah diambil,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, beberapa lagi individu yang turut memuat naik gambar-gambar dimaksudkan itu telah dikenal pasti dan operasi dipergiatkan untuk mengesan mereka.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

LEAVE A REPLY