siti hasmah
Foto oleh FMT

PUTRAJAYA: Isteri mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pernah ditawarkan rasuah sepanjang pengalamannya berkhidmat di hospital awam.

“Ketika itu, saya bekerja sebagai pegawai kerajaan di Kedah dan sepanjang pengalaman 18 tahun, saya telah ditawarkan rasuah dua kali,” katanya sambil menambah, memerangi gejala rasuah adalah sebab utama Dr Mahathir membentuk partinya sendiri.

“Jika anda melihat keadaan sekitar, anda akan berasa sedih. Dan walaupun rasuah telah wujud untuk jangka masa yang lama, ia tidak pernah seteruk sekarang.”

siti hasmah
Tun Dr. Siti Hasmah bersama suaminya Tun Dr. Mahathir yang kini merintis penubuhan parti politik baharu

Bercakap dalam majlis sambutan Hari Raya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam, Siti Hasmah berkata rasuah pertama yang ditawarkan kepadanya adalah dibuat oleh seorang lelaki miskin dari “kampung” demi isterinya yang memerlukan pemindahan darah kerana komplikasi ketika melahirkan anak mereka.

“Saya sedang duduk di meja, menulis laporan mengenai kes itu. Dia menghampiri saya dan menyerahkan duit RM10 untuk ‘membeli’ darah (darah) untuk isterinya.

“Pada mulanya saya marah, kemudian saya fikir pasti seseorang dalam jabatan ini yang meyakinkannya supaya menawarkan rasuah. Jadi saya memberitahu lelaki itu menggunakan wang itu membeli makanan untuk isterinya.”

Insiden kedua, tambah Siti Hasmah, adalah apabila dia telah berkhidmat di Jitra, Kedah.

“Seorang individu dari Kulim menulis surat, menawarkan RM50 jika saya mengambilnya berkerja di sana. Saya membawa surat itu kepada jabatan rasuah yang mana kemudiannya mengarahkan saya supaya membalas dan meminta individu datang ke pejabat saya.

“Pegawai-pegawai rasuah merancang untuk menyerbu sebaik dia menawarkan saya rasuah. Laci saya dipasang perakam tetapi apabila individu itu datang berjumpa saya, dia langsung tidak menyebut tentang rasuah itu.”

Siti Hasmah juga pernah mempersoalkan kesahihan surat itu dan tertanya-tanya jika ia hanya cubaan untuk menguji kejujuran beliau dalam menjalankan tugasnya.

Di akhir ucapan beliau menjelaskan betapa pentingnya keikhlasan dan rasa takut kepada Allah, dalam membasmi rasuah.

“Ia akan mengambil masa, tetapi jika kita melakukan perkara yang betul, Insya-Allah, dapat menyucikan negara daripada rasuah.”

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here