sistem

Opera Sync merupakan salah satu sistem yang terdapat pada pelayar web Opera yang membolehkan anda selarikan pelayaran anda melalui pelayar web Opera pada pelbagai peranti.

Terkini, Opera mendapati terdapatnya sedikit pencerobohan pada sistem mereka, dan kini meminta pengguna untuk reset semula kata laluan mereka.

Opera mengatakan mereka sedang melakukan siasatan berkaitan dengan kes ini. Namun, mereka telah reset semua akaun Opera Sync, dan pengguna akan menerima emel dengan arahan lanjut untuknya.

Opera Sync digunakan oleh lebih kurang 1.7 juta pengguna, yang mana kurang 0.5% daripada pengguna keseluruhan Opera.

Sekiranya anda tidak menggunakan fungsi tersebut, mungkin tidak perlu risau dan boleh meneruskan penggunaan pelayar web Opera seperti biasa, sementara jika anda gunakannya, anda digalakkan untuk mengubah kata laluan anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here