Sumber imej: BHOnline

Singapura merendahkan unjuran pertumbuhan ekonominya berikutan ekonominya berkembang lebih perlahan daripada unjuran sebelum ini di tengah-tengah ketidaktentuan pasca Brexit dan permintaan global yang semakin lemah, sekali gus membuka ruang bagi dasar rangsangan tambahan.

Ekonomi negara yang bergantung kepada perdagangan itu dijangka berkembang satu hingga dua peratus tahun ini, kata Kementerian Perdagangan dan Industri.

Singapura sebelum ini mengunjurkan pertumbuhan satu hingga tiga peratus. Ekonomi negara itu berkembang 0.3 peratus bagi tempoh April-Jun daripada tempoh tiga bulan sebelum ini berdasarkan penyelarasan tahunan, demikian menurut data kementerian itu. Ini berbanding anggaran kerajaan 0.8 peratus.

Ahli ekonomi yang dikaji selidik REUTERS menjangka tiada perubahan kepada anggaran itu. “Permintaan global terus lemah dan bagi negara seperti Singapura yang terbuka, ia memberikan reaksi yang sangat pantas,” kata Vishnu Varathan, ahli ekonomi di Mizuho Bank.

“Mereka pastinya ada ruang untuk mengubah dasar tetapi persoalannya berkait dengan isu kewajaran – adakah ia wajar untuk melakukannya? Selepas Brexit kami berpendapat kemungkinannya adalah kecil.”

Ekonomi negara itu berkembang 2.1 peratus pada suku kedua berbanding suku sama tahun sebelumnya, tersasar daripada anggaran awal kerajaan.

VIABHOnline
SOURCEReuters
SHARE
Previous articleThe Beginnings Of Party Bersatu
Next articleAmerika, 1MDB Dan Campur Tangan Asing
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here