Simpanan Shariah KWSP

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) — Simpanan Shariah KWSP yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menarik minat pencarum pelbagai agama dan kaum apabila pendaftaran untuk bertukar daripada simpanan konvensional kepada pelaburan secara patuh syariah itu, mula dibuka hari ini.

KWSP hari ini menyediakan dana sebanyak RM100 bilion untuk Simpanan Shariah 2017 dan ia adalah berasaskan kepada siapa dahulu diutamakan.

Tinjauan Bernama di seluruh negara mendapati, pencarum mula mendaftar di kaunter KWSP sejak awal pagi tadi bagi mengisi borang ‘akad wakalah’ untuk tujuan menandakan mereka bersetuju menukar skim simpanan mereka.

Dilaporkan, setakat 8.30 pagi tadi sahaja, 5,000 pencarum sudah memohon untuk memindahkan simpanan KWSP masing-masing kepada Simpanan Shariah di 68 cawangannya di seluruh negara.

Simpanan Shariah itu bukan sahaja menarik pencarum beragama Islam, malah pencarum bukan beragama Islam turut berminat memindahkan simpanan mereka kepada simpanan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here