shuk balas
Cover image via Astro Gempak

Sungguhpun kurang popular seperti pelawak seangkatan dengannya, pelawak Shuk Balas bersyukur kerana tawaran kerja tidak pernah putus.

Shuk atau nama sebenarnya, Mohamad Shukri Mohamed Sahar, menganggap rezeki yang diperolehinya hari ini adalah tuah anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, semua ini rezeki anak saya. Saya sedar walaupun tidak popular seperti yang lain-lain tetapi tawaran kerja tidak pernah putus.

“Saya akan gunakan peluang ini untuk mengukuhkan lagi kerjaya demi isteri dan anak saya,” katanya.

Bercerita mengenai kandungan isterinya, Shuk berkata, Sera kini sedang menunggu hari untuk melahirkan bayi sulung mereka.

“Isteri saya dijangka bersalin pada 3 November depan. Perasaan gementar dan risau itu ada tambah-tambah lagi saya bekerja.

“Cuma buat masa ini saya perlahankan sedikit aktiviti seni dan fokus kepada tugasan hos Gegar Vaganza 3 (GV) di platform online.

“Sebenarnya ketika bekerja, dalam kepala ini selalu terfkir tentang keadaan isteri di rumah, bimbang jika dia tiba-tiba sakit nak bersalin,” katanya ketawa.

Kepada yang terlepas untuk menonton atau ingin menyaksikan GV 3 secara langsung secara atas talian, (live streaming) layari www.gegarvaganza.com.my.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu ketiga GV 3 bakal membawa tema Ada Bran? dan 11 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

LEAVE A REPLY