shila amzah
Cover image via @shahilaamzah

Masih tidak habis lagi cerita mengenai Anugerah Meletop 2017 (AME 2017), kali ini, Shila Amzah pula dikatakan meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dijemput ke acara terbabit, biarpun lagunya, Selamanya Cinta dinyanyikan oleh, Hafiz Suip dan Siti Nordiana pada malam itu.

shila amzah
Cover image via Rotikaya

“Tidak tercalon, tidak dijemput, tak mengapa. Saya gembira lagu saya ada dimainkan di anugerah tersebut. Saya penyanyi kelahiran Malaysia, mungkin rezeki saya di negara luar, pengiktirafan orang luar kasi. Takde hal la,” tulisnya menerusi laman sosial, Twitter.

Sepanjang anugerah tersebut berlangsung, penonton telah disajikan dengan pelbagai persembahan dari penyanyi tanah air termasuk persembahan Hafiz dan Siti Nordiana yang menyampaikan rangkaian lagu-lagu yang menjadi tema drama-drama popular termasuk lagu Selamanya Cinta, nyanyian asal Alif Satar dan Shila Amzah bagi drama Suri Hati Mr Pilot

shila amzah Mungkin secara positifnya Shila tidaklah sentap kerana tidak dijemput ke anugerah terbabit, sebaliknya merasa bangga dengan pencapaian lagunya yang dinyanyikan pada malam tersebut. Nama Shila juga bukanlah calang-calang, boleh dikatakan beliau antara selebriti yang berjaya di peringkat antarabangsa, tak kan lah nak sentap pula kan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here