sharifah sakinah
Cover image via Rotikaya

Tahniah diucapkan kepada Sharifah Sakinah jika berita gembira ini adalah benar. Ada sumber terdekat yang terlepas cakap bahawa pelakon wanita berkenaan sudah pun hamil.

Perkara tersebut dakwanya ketika ini masih dirahsiakan oleh pihak Sakinah sendiri dan hanya diketahui oleh mereka yang terdekat sahaja. Malah berita tersebut dikuatkan lagi apabila kini Sakinah tidak mahu keluar rumah sangat dan lebih banyak berehat.

Sebelum ini, Sharifah Sakinah pernah keguguran selain turut menafikan bahawa dirinya sudah pun hamil semula, bermula daripada gurauan kakaknya, Sharifah Shahirah.

Apa yang pasti, jika perkara yang disampaikan  tersebut adalah benar, semoga Sakinah dan suami sentiasa menjaga kandungan dengan baik dan dipermudahkanlah segala urusan hendaknya.

Baca lagi: Sharifah Sakinah Memasak Buat Kali Pertama Selepas Setahun Berkahwin

LEAVE A REPLY