shafie
Foto oleh FMT

PUTRAJAYA: Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal hari ini mengumumkan beliau tidak menubuhkan sebarang parti baharu sebaliknya akan mengambil alih parti yang sedia ada di Sabah.

Menurut Ahli Parlimen Semporna itu, pertemuannya dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini adalah bagi proses penukaran nama dan logo parti tersebut.

Ketika ditemui media selepas perjumpaan beliau dengan ROS, Shafie enggan mendedahkan nama parti tersebut

Bagaimanapun, beliau berkata parti tersebut berpangkalan di Sabah dan beroperasi secara aktif sejak ia ditubuhkan pada 2013.

“Pertemuan dengan ROS hari ini adalah untuk proses penukaran logo dan nama baru bagi parti yang sedia ada.

“Saya tidak menubuhkan parti baharu memandangkan ia mengambil masa terlalu lama. Saya akan memberitahu nama parti selepas selesai urusan dengan ROS,” jelas Shafie kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat ROS.

Dalam suratnya ditujukan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Darell yang juga ahli Parlimen Penampang di Sabah itu berkata keputusannya bukan kerana tidak bersetuju dengan pimpinan ataupun parti. Sebaliknya, Darell berkata beliau mahu meneruskan perjuangan sama PKR tetapi atas platform lain.

Perletakan jawatan Darell dipercayai ada kaitan dengan keputusan Shafie mahu mengambil alih sebuah parti politik di Sabah.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here