shafie
Foto oleh The Malay Mail Online

PETALING JAYA: Bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata pentas politik baharu yang dibawanya kini bakal mempunyai acuan sendiri serta bebas daripada pengaruh Semenanjung Malaysia.

“Kita akan putuskan dasar parti, siapa yang menjadi calon dan hala tuju dengan acuan sendiri dan tidak merujuk dengan mana-mana pemimpin di Kuala Lumpur,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Aidiladha di Kampung Damai Tawau, Sabtu lepas.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Mayog, Terrence Siambun, Presiden Kadazan Dayak Murud Malaysia, Datuk Peter Anthony dan bekas naib presiden PKR, Darell Leiking.

Darell yang mengisytiharkan keluar PKR minggu lalu mengumumkan sokongan untuk parti baharu Shafie, yang masih belum diumumkan namanya.

Menurut Darell, beliau mahu meneruskan apa yang diperjuangannya melalui PKR selama ini dengan menyertai parti berlandaskan rakyat Sabah.

shafie

Dalam ucapannya, Shafie berkata parti yang bakal ditubuhkan itu akan mengalu-alukan keahlian semua kaum di Sabah.

Beliau yang juga ahli Parlimen Semporna berkata tidak berniat memusuhi sesiapa.

“Perjuangan parti ini bukan untuk menanam kebencian kepada pemimpin sedia ada atau bersifat politik kenegerian sebaliknya ianya bagi memperjuangkan hak rakyat dan akan mengubah landskap politik Sabah.

“Kita percaya dengan kuasa rakyat dalam menentukan kerajaan,” katanya.

Shafie dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin merupakan dua menteri yang mengkritik Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB, sehingga membawa kepada penyingkiran mereka daripada kabinet.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here