PUTRAJAYA: Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipercayai akan mendaftar parti politik baharu di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di sini hari ini.

Ahli Parlimen Semporna itu tiba di ROS pada jam 9.35 pagi tadi, dipercayai untuk menghantar borang permohonan parti tersebut.

shafieSebelum ini, Shafie dilaporkan berkata parti baharu itu bakal berpengkalan di Sabah dan akan disertai ramai orang selepas ia dilancarkan.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Semporna itu pada 4 Julai lalu mengumumkan keluar parti selepas keahliannya digantung Jawatankuasa Disiplin parti sejak 24 Jun lalu.

Pengumuman dibuat beberapa hari selepas Majlis Tertinggi memecat Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Turut keluar parti Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong serta tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan pada 27 Jun lalu, susulan tindakan MT UMNO menggantung keahlian Shafie.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here