seri

Selangor terpaksa berpuas hati dengan hanya satu mata apabila mempersiakan kelebihan tiga gol untuk seri 3-3 dengan Kelantan dalam saingan Kumpulan B, Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.

Juara bertahan itu mendahului 1-0 menerusi Mauro Olivi pada minit ke-29 dan kelebihan itu terus dipertahankan menerusi jaringan kedua Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-38.

Wander Luiz Junior merapatkan jurang gol sejurus sebelum berakhir babak pertama buat Kelantan, namun Patrick Ronaldinho kembali meletakkan pasukannya di depan selepas empat minit babak kedua.

Kelantan yang tidak berputus asa merapatkan kedudukan menerusi Wan Zack Haikal pada minit ke-72 sebelum Manaf Mamat menceriakan pelawat menerusi jaringan terakhir pada masa tambahan untuk kedudukan 3-3.

image via Berita Harian

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, ketumpulan jentera serangan memaksa T-Team menggigit jari apabila tunduk 0-2 di tangan Kedah dalam aksi Kumpulan A.

Smelts Shane Edward menjadi wira pasukan pelawat apabila meledak kedua-dua gol pada minit ketujuh dan 15.

Di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, jaringan tunggal Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-49 sudah cukup untuk memberikan Terengganu tiga mata berharga ketika berdepan FELDA United dalam saingan Kumpulan D.

LEAVE A REPLY