September

ALOR SETAR : “September adalah paling awal Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan, paling lewat ialah Jun 2018,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali.

Semasa sesi penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-63, beliau berkata, jika tarikh paling lewat itu tidak diumumkan untuk diadakan PRU maka kerajaan terbubar secara automatik.

Katanya, PRU13 diadakan pada Mei 2013 tetapi kiraan tempoh matang adalah bermula dari Parlimen mula bersidang iaitu pada Jun 2013.

“Berdasarkan senario beberapa peristiwa berkaitan iaitu satu eksesais dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan persempadanan semula kerana sudah cukup tempoh lapan tahun, tetapi dibantah oleh Selangor dan semakan kehakiman sedang berlangsung.

“Jadi apabila dibentangkan dan diluluskan pada sidang Jun ini maka September adalah paling awal PRU diadakan,” katanya di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here