Seorang

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diberikan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap seorang pengarah agensi kerajaan dan dua kontraktor untuk membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah.

Majistret Haizah Tamin mengeluakan keluarkan reman, yang tamat Isnin depan, selepas suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret pada 11 pagi hari ni.

Ketiga-tiga suspek telah disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dilaporkan bahawa pengarah yang berusia 59 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 11.50 pagi semalam.

Difahamkan, pengarah tersebut telah dipindahkan ke Labuan pada tahun 2014 dan mempunyai sebuah rumah di Bangi, Selangor.

12 akaun bank dengan wang tunai berjumlah RM889,000 milik pengarah dan ahli-ahli keluarganya telah dibekukan.

Pada hari yang sama, dua orang lelaki, yang juga kontraktor dari syarikat yang sama, berumur 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Labuan di sini.

Kedua-dua mereka dipercayai telah memperoleh majoriti projek-projek daripada jabatan itu selepas memberi sogokan kepada suspek utama.

LEAVE A REPLY