semula

Agensi Anti Doping Dunia (WADA) telah membenarkan semula makmal ujian anti doping di bandar raya ini beroperasi menjelang Sukan Olimpik yang bakal berlangsung mulai 5 Ogos ini.

Pada bulan lalu, WADA menutup operasi makmal berkenaan dengan alasan ia tidak menepati standard yang ditetapkan antarabangsa.

image via PRI

Menerusi satu kenyataan semalam, WADA berkata, Makmal Ujian Rio sudah pun menepati syarat yang ditetapkan mereka dan boleh beroperasi seperti biasa tanpa perlu digantung pada masa depan.

Langkah terbaru itu jelas melegakan beberapa penganjur Sukan Olimpik serta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang mungkin berbelanja lebih untuk menguji sampel atlet di makmal di luar negara.

LEAVE A REPLY