Cover image via @uqashasenrose2

Semakin ramai selebriti Malaysia yang memilih untuk menanggalkan tudung selepas beberapa lama melalui fasa bertudung.

Ada yang memberi alasan masih tidak bersedia lagi untuk bertudung. Tidak kurang juga ada yang memilih untuk membuka tudung kerana kecewa putus cinta.

Kami senaraikan selebriti Malaysia yang mengambil keputusan untuk membuka tudung.

1. Sara Ali

sara ali

Menurut Sara, dia mengambil keputusan menanggalkan tudung selepas setahun memakainya kerana rasa bersalah dan hidup tidak tenang.

Katanya lagi, dia mengakui dia bertudung bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah tetapi kerana sesuatu yang tidak mahu dia sebutkan.

2. Zila Seeron

zila

Awal Januari lalu, penyanyi Zila Seeron memuat naik gambar imejnya tidak bertudung di laman Instagram. Namun dia enggan mendedahkan sebab berbuat demikian.

Zila yang juga bekas isteri kepada pelawak Along Cham, mencetuskan kontroversi hiburan tanah air apabila dilaporkan ditangkap khalwat dengan seorang lelaki tahun lalu.

3. Diana Johor

diana

Ramai yang tidak mengenali pelakon ini sehinggalah namanya menjadi bualan hangat di media sosial kerana membuka tudung 2 tahun lalu.

Menurutnya, dia mengaku belum bersedia untuk bertudung dan mengambil keputusan membukanya. Dia juga bersedia menerima kecaman dan kritikan hebat oleh orang ramai

4. Nina Iskandar

nina

Dua tahun lalu, pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar membuat kejutan di media sosial selepas memuat naik gambarnya tidak bertudung.

Menurut Nina, keputusan itu dilakukan atas kehendak dirinya sendiri dan dia tidak perlu perlu memuaskan hati semua pihak.

5. Ira Mohd Amin

ira

Penyampai radio popular ini mencetuskan kontroversi apabila tampil tidak berhijab didalam sebuah foto bersama Nana Mahazan.

Selepas menerima kecaman, Ira kembali mengenakan hijab. Walaubagaimanapun, pada 2016, Ira nekad untuk tampil tidak berhijab.

6. Nur Amira Khan

amira

Adik kepada Neelofa ini juga nekad menanggalkan tudung selepas beberapa bulan mengenakan hijab. Rata-rata netizen mengecam tindakannya kerana tidak mengikut jejak langkah kakaknya.

7. Uqasha Senrose

uqasha

Uqasha Senrose dipuji sangat manis apabila mengenakan tudung. Dia bagaimanapun membuat keputusan menanggalkannya pada pertengahan tahun lalu.

Menurut Uqasha, sepanjang 3 tahun bertudung imannya tidak tetap dan sebenarnya keputusan beliau menutup aurat sebelum ini semata-mata kerana kecewa selepas putus cinta.

Baca lagi: 11 Foto Selebriti Lelaki Bila Tukar Jantina Guna FaceApp!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here