selangor

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semalam bertindak memecat ketua jurulatihnya Zainal Abidin Hassan, selepas pasukan itu gagal mempamerkan aksi memberansangkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Penolong ketua jurulatih K. Gunalan akan menggantikan tempat beliau sehingga satu tempoh di mana FAS dan pengurusan pasukan mengenal pasti calon sesuai bagi mengemudi pasukan Selangor menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

“Tugas ketua jurulatih akan dipertanggungjawab kepada saudara K. Gunalan selaku penolong ketua jurulatih sehingga satu tempoh di mana FAS dan pengurusan pasukan mengenal pasti calon sesuai bagi mengemudi pasukan Selangor menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia,” kata pengurus skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shari  dalam satukenyataan semalam.

selangor
Barisan pemain Selangor pada musim yang lalu

Amirudin  berkata keputusan itu selaras dengan arahan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan rombakan dalam pasukan Selangor, yang akan diumumkan hari ini.

Sabtu lalu, Selangor tewas 0-1 kepada Kedah di Stadium Darul Aman.

Zainal mengakui pemainnya menerima tekanan selepas deretan kekalahan.

“Memang tidak dinafikan sebagai pemain bola sepak, apabila sampai keadaan sebegini, mereka agak tertekan. Itu yang saya beritahu kepada pelain, selagi merekla tertekan, mereka takkan dapat bermain dengan normal,” katanya.

Zainal dilantik ketua jurulatih Selangor pada Disember 2015.

LEAVE A REPLY