bumiputera
Foto hadapan oleh FMT

SHAH ALAM: Syarat kaum untuk kediaman kategori mampu milik jenis SoHo, SoVo dan pangsapuri berservis tidak lagi digunakan supaya semua bangsa mampu memiliki rumah sendiri, kata Menteri Besar Selangor.

“Secara prinsipnya, ia menunjukkan kita melihat kemiskinan merentasi kaum dan agama,” kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam sidang media di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, semalam.

Terdahulu, Nanyang Siang Pau melaporkan diskaun 10% untuk pembeli Bumiputera bagi pembelian SoHo (rumah berpejabat), SoVo (rumah berpejabat maya) dan pangsapuri berservis akan dimansuh mulai 1 September (Khamis) ini.

bumiputera
Datuk Teng Chang Kim

Mengikut garis panduan pembangunan baharu itu, Exco Datuk Teng Chang Khim dilaporkan berkata paras harga jualan bagi SoHo dan SoVo akan ditetapkan pada RM230,000 seunit manakala pangsapuri berservis RM250,000 – ke kategori mampu milik.

Garis panduan baharu itu mengekalkan kuota pemilikan 30% oleh pembeli Bumiputera.

Chang Khim berkata harga pembelian tiga jenis hartanah itu diturunkan sebanyak 10% supaya pembeli Bumiputera dan bukan Bumiputera menikmati harga selaras.

Tambahnya lagi, pelarasan harga itu digunakan hanya untuk hartanah program perumahan mampu milik kerajaan negeri.

“Kita tidak mansuhkan diskaun 10% (untuk Bumiputera),” tegas Azmin. “Untuk perumahan mampu milik, sama ada SoHo atau yang lain, atas nama mampu milik dan kos rendah, tak dikenakan dengan syarat kaum.”

1 COMMENT

LEAVE A REPLY