Sekumpulan
Image via FMT

PETALING JAYA: Sekumpulan pemuda didapati menghalang dan mengusir pasukan Pakatan Harapan yang mengedarkan kurma di bazar Ramadan di Kluang, Johor semalam.

Berdasarkan rakaman video yang terse bar di media sosial, kumpulan itu cuba menghalang Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Umar Ali serta pasukan mereka memasuki bahagian tertentu bazar.

Menurut Sheikh Umar, aktiviti mengedar kurma dan ramah mesra dengan pengunjung bazar berjalan lancar dengan kerjasama urusetia yang menguruskan bahagian gerai menjual makanan dan kuih-muih.

“Namun kami amat kesal dengan apa yang berlaku setibanya kami di bahagian gerai menjual pakaian…Kami dimaki, dikasari dan dihalau oleh sekumpulan pemuda.

“Kami difahamkan urusetia yang menjaga kedua-dua bahagian ini adalah berbeza,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Sheikh Umar mendakwa salah seorang pemuda terbabit pernah menghalang mereka memasuki bazar di bandar Kluang pada 2014.

Sheikh Umar dilihat cuba menenangkan keadaan ditengah-tengah provokasi kumpulan itu. Mereka juga seperti mengancam memecahkan kamera pengunjung yang merakam kejadian itu.

“Bulan Ramadhan yang mulia ini tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran,” katanya.

Sementara itu, Liew, Sheikh Omar dan seorang ahli PPBM Radzali Mohd Noor membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Kluang 10.00 malam tadi.

SHARE
Previous articleAnak Muda Sebagai Kuasa Ketiga
Next articlePesawat Qatar Airways Dilencong Jauh Selepas Krisis Diplomatik Negara Teluk
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

1 COMMENT

  1. ni la masalahnya bila bagi muka kumpulan pemuda cetuskan provokasi dan bertindak ganas.. lantaklah pasukan dap nak agih buah kurma.. yang kau panas apesal.. tau tak makan kurma selepas lapar berjam-jam dapat mengembalikan cas bateri badan kau untuk terus bertenaga beribadah di malam hari dengan mengerjakan solat maghrib, isyak, tarawikh, tahajud, subuh.. berbanding dengan melantak segala juadah yang melalaikan secara mengejut, kau rasa apa kesannya kepada organ pencernaan makanan engkau.. ada ke patut buka puasa makan pedas-pedas, manis-manis, berasid, berkolestrol.. larat ke kau nak solat tarawikh.. tak menguap mengantuk ke perut penuh yang amat?? entah-entah ko puasa je tahu.. ibadah solat tu ko tak fikir perlu buat.. baca al-quran pun tah ke mana.. entah ko ni paham ke tak pengisian kerohanian di bulan ramadon?? cian cian cian.. bergelumanglah ko teraba-raba dalam kegelapan, hidup asyik dengan keseronokan fantasi..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here