Sekarang

Sekarang adalah waktu terbaik untuk mendedahkan laporan 1MDB kepada umum, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kenyataan itu dibuat selepas 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC) mencapai persetujuan selepas proses timbang tara bertahun lamanya yang melibatkan pertikaian berbilion dolar.

“Memandangkan 1MDB menyebut bahawa penyelesaian timbang tara ini merupakan sebahagian besar daripada pelan rasionalisasi 1MDB, sudah tiba masanya laporan audit 1MDB didedahkan kepada umum bagi rakyat memahami bagaimana pelan rasionalisasi ini akan dijayakan.

“Sepatutnya tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan daripada laporan 1MDB itu,” kata Tuan Ibrahim.

Menurut penyata kepada Bursa Saham London, IPIC semalam berkata pihaknya akan menerima sejumlah AS$1.2 bilion menerusi dua kali bayaran yang sama pada 31 Julai dan 31 Disember ini.

1MDB dan MOF Inc pula bersetuju membayar dalam dua bon yang diterbitkan oleh kumpulan 1MDB yang dijamin oleh 1MDB dan IPIC.

Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim berkata walaupun itu dinamakan “penyelesaian”, ia langsung tidak menguntungkan 1MDB mahupun Malaysia.

Katanya, IPIC mendapat hampir segala yang dituntutnya pada 2016.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here