Saya Tidak

Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau tidak peduli apa yang dikatakan pemimpin BN Sarawak terhadapnya. “Saya tak kisah apa Pemuda BN Sarawak kata, saya tak peduli apa Datuk Seri Fadillah Yusof kata dan saya tak peduli pasal dia,” katanya.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, menteri Sarawak terlebih dulu menghina beliau dengan meminta kerajaan pusat menghormati Perjanjian Malaysia 1963 apabila mahu melaksanakan cukai pelancongan mulai Ogos ini.

Katanya, isu yang berlaku sekarang adalah antara beliau dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Abdul Rahman Hamzah.

Justeru, katanya, Fadillah tidak wajar diheret dalam isu berkenaan.

“Dia (Abdul Karim) menghina saya, jadi saya ada hak menghina dia balik,” katanya.

Kalau Abdul Karim kata Sarawak tidak dibawa berunding, jadi apa Fadillah buat dalam kabinet? Beliau kena tahu fakta lebih baik sebab kawan dia (Abdul Karim) anggap dia tak buat kerja.

“Ada 25 orang anggota parlimen dari Sarawak di Dewan Rakyat,” katanya.

Anggota Parlimen Padang Rengas itu juga menegaskan bukan hanya orang Sarawak yang boleh menjadi sensitif, sebaliknya perasaan itu turut dialami orang semenanjung.

“Mengapa beliau tak tanya saja saya? Dia bukan menteri DAP,” katanya lagi.

Mengulas lanjut anggota Majlis Tertinggi Umno itu mempertikaikan mengapa Abdul Karim itu perlu membabitkan Sarawak dalam pertikaian mereka.

“Ini antara saya dengan dia, mengapa nak bawa satu negeri terbabit sama? I am a jantan (man), OK?

“Biar dia jawab. Jadilah lelaki dan jawab. Saya mahu Abdul Karim jawab saya.

“Jangan jadi pengecut dan libatkan orang lain. Jawab sendiri,” katanya.

Sarawak mengumumkan menarik diri daripada menyertai Lembaga Pelancongan Malaysia dan keputusan itu berkuat kuasa serta-merta.

Walaupun menyatakan langkah itu dibuat bagi mengelak pertindihan tugas Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak, ia ditafsir sebagai reaksi kerajaan negeri terhadap kenyataan Nazri.

Bagaimanapun Nazri sebaliknya menghargai tindakan itu dan menganggapnya selaras dengan keputusan beliau menutup agensi berkenaan sejak awal tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here