Saya Tidak

Lelaki Cina yang mencetuskan insiden kekecohan di Surau Austin Perdana, baru-baru ini tampil meminta maaf kepada umat Islam di negara ini sambil menyatakan beliau tidak berniat untuk menimbulkan ketegangan kaum.

Hadir dalam majlis pertemuan di pejabat Agama Islam Johor dengan balutan di leher akibat cedera dalam insiden tersebut, Toh Chai Eun, 28, berkata, pihaknya turut berharap perkara itu tidak berpanjangan.

“Saya tidak berniat jahat atau ingin menyinggung perasaan dengan membunyikan hon kereta pada masa itu, apa yang berlaku pada waktu itu kerana saya telah terperangkap dalam kesesakan jalan di situ dan dalam urusan penting.

“Ini menyebabkan kereta saya diserang dan dirosakkan dan saya juga mengalami kecederaan.

“Y” kata Toh lagi, memetik laporan Sinar Harian.

Permohonan maaf Toh yang cedera di leher, kaki dan badan sehingga membataskan pergerakan dan percakapan itu dibacakan oleh wakilnya, Mahadzir Abu Said.

Toh yang bekerja sendiri ditemani abangnya hadir dalam perjumpaan tersebut yang turut disertai oleh ahli jawatankuasa surau terlibat, Pengerusi Agama, Mutalip Abdul Rahim dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut.

 

SHARE
Previous articleWhite House Furious After Being Trolled By Russian
Next articleBN Perlu Ubah Strategi Susulan Perpecahan PAS-PKR
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here