Saya menyesal

KUALA LUMPUR: Exco Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kerja  Muhammad Hafiz Azhar telah melahirkan rasa kesal kerana telah menyertai parti politik yang baru ditubuhkan.

Hafiz akan berdepan jawatankuasa disiplin parti selepas secara mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengenai dua pemimpin kanan PPBM agar meletakkan jawatan.

Dalam sidang akhbar semalam beliau sangat kecewa dengan PPBM.

“Saya kecewa kerana saya salah memilih perjuangan,” katanya.

Hafiz kini dalam perhatian media setelah mengeluarkan kenyataan meminta Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan mengenai kekayaan yang dimiliki oleh keluarga beliau. Hafiz juga menggesa presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjelaskan dakwaan bahawa beliau mempunyai hubungan sulit luar nikah.

Hafiz memberi alasan bahawa beliau hanya menyampaikan hasrat daripada akar umbi.

1 COMMENT

  1. nak jadi ahli parti pribumi bersatu malaysia.. pertama sekali mesti terima walau terpaksa pengerusinya mahathir bin mohamad.. presidennya muhyiddin bin yassin.. timbalan presidennya mukhriz bin mahathir.. ketua armadanya syed saddiq bin syed abdul rahman.. mereka semua maksum.. takde cacat cela, buat salah pun jangan harap diorang nak mengaku. perjuangan partinya gantikan umno.. tempat orang bumiputera berteduh..

    parti pribumi bersatu malaysia menghukum ahlinya yang tidak setia kepada pemimpin parti.. so sesiapa yang dipujuk rayu menjadi ahli parti pribumi bersatu malaysia, fikirlah banyak kali ye.. adakah berbaloi melaburkan sumbangan dana kepada parti pribumi bersatu malaysia? well, ada banyak parti lain dan ngo lain boleh join.. apa ade hal?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here