fazura
Cover image via @missfazura

“SAYA bukan Adele atau Beyonce.” Itu status yang dimuat naik pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan, Fazura, ke akaun Instagram, beberapa minit yang lalu.

fazura
Cover image via @missfazura

Ia dipercayai ada kaitan dengan kritikan netizen yang diterima oleh penyanyi itu susulan kualiti nyanyiannya di After Race Concert sempena Grand Prix Malaysia (GP) Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang, pada Ahad.

Fazura merupakan salah satu daripada persembahan pembuka untuk ikon R&B terkenal dunia, Usher yang berlangsung selepas tamatnya perlumbaan.

Dalam status itu yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Fazura melahirkan perasaan terharu dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana diberikan peluang untuk membuat persembahan tersebut, yang disifatkan olehnya sebagai sebuah impian yang menjadi kenyataan.

Pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 27 itu tidak ketinggalan memberikan ucapan penghargaan kepada penonton yang menyaksikan persembahannya.

“Terima kasih kerana turut sama menyanyi, menari dan memberikan tenaga yang positif kepada saya,” tulis Fazura.

Nama pelakon terkenal itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial sejak semalam apabila majoriti netizen mengkritik nyanyiannya ketika menyampaikan lagu Cheap Thrills, dendangan asal Sia.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here