Sumber imej: beritadaily.com

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan saman difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tidak melibatkan beliau, Kerajaan Malaysia atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara langsung.

“Saya ingin menyatakan bahawa apa yang dilakukan  oleh DOJ baru-baru  ini tidak membabitkan saya atau Kerajaan Malaysia atau 1MDB secara langsung.

Najib mengulangi ia adalah isu permasalahan perniagaan, tetapi dijadikan isu politik oleh musuh-musuhnya termasuk kes saman sivil dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. Sumber imej: BHonline

“Saman berkenaan menamakan lima individu. Ia bukannya saman jenayah tetapi saman sivil,”  katanya dalam temu bual dengan stesen televisyen Indonesia, Metro TV di Jakarta, kelmarin.

Najib  mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Jakarta dari 2 hingga 4 Ogos lalu sempena Rundingan Tahunan ke-11 antara Perdana Menteri dan Presiden Republik Indonesia serta Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-12 (WIEF Ke-12).

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bergambar bersama pemimpin negara yang lain pada majlis perasmian pembukaan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-12 di Jakarta, Indonesia. Sumber foto: BHonline

Baru-baru ini, Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch mengumumkan DOJ memfailkan saman sivil bagi merampas semula aset  berkaitan 1MDB dalam pengubahan wang haram yang bernilai lebih AS$1 bilion.

Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch mengumumkan DOJ memfailkan saman sivil bagi merampas semula aset berkaitan 1MDB dalam pengubahan wang haram yang bernilai lebih AS$1 bilion. Sumber imej: WSJ

Dalam  dokumen saman difailkan itu terdapat lima nama disebut iaitu anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz; ahli perniagaan Jho Low; Tan Kim Loong dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Saman itu turut menyebut nama Malaysian Offical 1 yang dirujuk sebagai pegawai atasan Malaysia namun tidak menamakan siapa individu tersebut.

Menurut Najib,  isu  1MDB merupakan  isu perniagaan tetapi telah dipolitikkan oleh musuh tertentu.

LEAVE A REPLY