sam
Cover image via @samtilla

Pasangan selebriti, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin berkongsi perkembangan terbaharu kandungan sulung menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Instagram, Samtilla.

Perkongsian itu memaparkan visual janin pasangan terbabit yang kini mencecah usia tiga bulan ketika mereka menjalani pemeriksaan bulanan, baru-baru ini.

Dalam rakaman yang sama, perbualan antara pelakon yang mencipta nama menerusi drama Sha & Shah itu bersama doktor turut dimuatkan untuk peminat pasangan itu.

“Bismillah… Alhamdulillah di atas rezeki yang tidak terhingga ini Ya Allah. Doakan semuanya selamat dan dipermudahkan Allah.. Insya-Allah..amin,” tulis pasangan itu menerusi kapsyen video akaun milik mereka bersama.

Bulan lalu, Syatilla berkongsi perkhabaran gembira itu apabila dirinya sedang berehat daripada berlakon selepas disahkan hamil.

Aktres tinggi lampai itu berkata, suami menghalangnya daripada melakukan kerja berat dan menerima tawaran berlakon untuk menjaga kandungannya.

Sam yang pernah tiga kali dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) itu juga mahu Syatilla berehat di rumah untuk keselesaannya sepanjang hamil.

Pasangan itu disatukan sebagai suami-isteri pada sambutan ulang tahun hari lahir ke-25 Syatilla pada 8 Februari lalu di rumah keluarga pelakon wanita itu di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Sehari selepas upacara akad nikah, pasangan selebriti itu diraikan dalam majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Villa. Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pula berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari lalu.

Baca lagi: Sam, Tilla Sedia Timang Anak

LEAVE A REPLY