saharul ridzwan
Cover image via Berita Harian

Pelakon, Saharul Ridzwan, kini berpeluang mempraktikkan serba-sedikit ilmu dipelajari satu masa lalu apabila dilantik sebagai Ketua Projek Pemasaran dan Duta syarikat berasaskan kejuruteraan serta hiasan dalaman, Rafflesia Engineering, baru-baru ini.

Pelantikannya itu bagaimanapun bukan bererti bintang Hati Perempuan ini sudah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.

Katanya, beliau menerima tawaran daripada syarikat berkenaan bagi meneruskan cabang kerja yang dikira dapat menjamin masa hadapan selepas hidup berumah tangga.

Saharul melangsungkan pernikahan dengan usahawan dalam talian yang juga pemilik butik, Deena Emir, 28, pada September lalu.

“Sedikit sebanyak jawatan dan tugas ini membolehkan ilmu yang saya pelajari ketika menuntut dalam jurusan Teknologi Penyelenggaraan Pesawat di sebuah kolej di Seremban dulu dapat digunakan.

“Dunia perniagaan sendiri bukan asing dengan saya. Sebelum ini, saya pernah berniaga bedak sejuk dan kuih raya, tetapi bisnes sebegitu dilihat bermusim.

“Jadi, menerusi kerja baharu ini, saya mahu ia menjadi ruang untuk mengukuhkan ekonomi keluarga.

Kalau kebanyakan artis lebih terarah kepada perniagaan menjual barang, saya pula mahu melawan arus dengan menawarkan khidmat idea rekaan dan hiasan dalaman untuk rumah, bangunan mahupun hotel,” katanya.

Tegas Saharul, walaupun bakal sibuk dengan tugasan baharunya, dunia lakonan tetap akan diteruskan.

Baca lagi: Saharul Ridzwan Utamakan Deena Emir

LEAVE A REPLY