Saharul Ridzwan
Cover image via Berita Harian

Pelakon Saharul Ridzwan menafikan wanita bakal dinikahinya pada 16 September depan ialah bekas kekasihnya seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurut Saharul, 27, wanita bernama Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir atau Deena itu hanyalah kawan rapat yang dikenali empat tahun lalu sebelum masing-masing haluan sendiri.

“Ketika perkenalan berlangsung, kami hanya berkawan rapat. Tak adalah sampai tahap bercinta.

Lagipun, waktu itu kami masih muda. “Selepas kembali bertemu Januari lalu, barulah kami dapat rasakan ada keserasian lalu membuat keputusan untuk berkahwin.

Hubungan kami sekarang pun bukan seperti pasangan kekasih yang lain. Kami tidak pernah pun melafazkan ungkapan cinta,” katanya pada sidang media mengumumkan perkahwinan beliau di Bangsar, di sini, sebentar tadi.

Menurut pelakon drama bersiri Seindah Takdir Cinta ini, beliau dan pasangannya lebih selesa memilih untuk bercinta selepas berkahwin.

“Kami berjumpa selepas masing-masing dalam fasa matang. Biarlah cinta datang kemudian kerana apa yang lebih penting buat kami adalah tanggungjawab itu sendiri,” katanya.

Saharul dan pemilik butik berusia 28 tahun itu akan diijabkabulkan pada 16 September depan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, manakala majlis resepsi pula bakal berlangsung pada hari sama di Dewan Seri Siantan, Presint 3.

Artikel berkaitan: Saharul Ridzwan, Deena Emir Nikah 16 September

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here