Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Bursa Malaysia bertindak balas dengan baik selepas syarikat tenaga negara itu menandatangani tiga perjanjian pembelian tenaga (PPA) semalam.

Pada jam 11.09 pagi, kaunter itu meningkat empat sen kepada RM14.32 dengan 3.34 juta saham bertukar tangan. Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Khamis, TNB berkata PPA itu dimeterai sebuah konsortium yang membabitkan ItraMAS Technology Sdn Bhd, Maltech Pro Sdn Bhd dan Cam-Lite Sdn Bhd.

TNB berkata Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, meluluskan kontrak kepada konsortium itu untuk cadangan pembangunan tiga projek solar 50 megawatt (MW) di Jasin (Melaka), Gurun (Kedah) dan Merchang (Terengganu).

Ia berkata setiap PPA, yang dijadual memulakan operasi komersialnya pada 31 Disember 2017, menetapkan obligasi kepada pihak terbabit untuk menjual dan membeli tenaga yang dijana oleh kemudahan itu selama 21 tahun, bermula dari tarikh operasi komersial, berdasarkan terma dan syarat perjanjian yang dipersetujui.

LEAVE A REPLY