Sumber foto: fm.cnbc.com

Saham Asia mengukuh hari ini selepas peningkatan semula dalam harga minyak mentah daripada paras rendah dalam tempoh empat bulan yang mana menyokong lonjakan saham di Wall Street.

Indeks meluas saham Asia Pasifik di luar Jepun, MSCI naik 0.3 peratus pada awal dagangan hari ini, dipacu oleh peningkatan dalam saham berkaitan sumber, pulih daripada kejatuhan 1.5 peratus yang dicatatkan semalam.

Indeks penanda aras saham Jepun, Indeks Nikkei naik 0.6 peratus daripada paras rendah dalam tempoh tiga minggu yang dicatatkan semalam.

Di Wall Street, peningkatan mendadak dalam harga minyak mentah menyokong saham berkaitan tenaga, sekali gus membantu Indeks S&P 500 mencatatkan peningkatan sederhana 0.3 peratus.

Harga minyak meningkat lebih tiga peratus semalam dan melanjutkan peningkatan pada dagangan di Asia hari ini.

Kontrak hadapan minyak mentah Brent naik 1.0 peratus kepada AS$43.55 setong, melanjutkan pemulihan yang dicatatkan daripada paras rendah dalam tempoh empat bulan AS$41.41 sementara kontrak hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat 1.2 peratus kepada AS$41.33 setong.

Dolar AS meningkat sedikit daripada paras rendah dalam tempoh lima minggu yang dicatatkan pada Isnin berbanding enam mata wang utama kerana pelabur menunggu perangkaan pembayaran gaji yang akan keluar esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here