sabah
Foto oleh FMT

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menggesa semua “cakap’cakap” mengenai pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia dihentikan kerana ia tidak akan berlaku.

“Jika ia adalah sesuatu yang kita lakukan, yang jelas melanggar perjanjian dan merampas hak rakyat Sarawak dan Sabah, maka kita akan memperbetulkannya.

“Sebarang pindaan kepada Perjanjian Malaysia 1963 mesti tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada The Sun Daily semalam.

sabah-sarawak-mal

Najib juga memberitahu bukan Islam agar tidak melibatkan diri dengan rang undang-undang Hadi, yang bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah.

“Orang bukan Islam perlu faham ini bukan hudud. Ini adalah untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah dan tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. ”

Mengenai hubungan Umno dengan PAS, yang baru-baru ini menjadi subjek spekulasi kerana sokongan kerajaan dilihat terhadap perjuangan parti Islam itu, Najib berkata Umno bersetuju mengenai isu tertentu dengan PAS, yang hari ini komited untuk membela nasib ummah.

Semasa wawancara TV3 baru-baru ini, Najib berkata pembangkang meramalkan Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihan raya negeri Sarawak kerana cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tetapi mereka terbukti salah.

Beliau berkata ini juga jelas dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang menyaksikan calon BN mengekalkan kerusi mereka.

Mengenai pilihan raya umum ke-14, beliau berkata Umno mesti mengelakkan pertelingkahan dan perbalahan dalaman untuk mewujudkan barisan bersatu kepada pengundi.

“Kita juga perlu berhati-hati dengan apa yang kita katakan, walaupun kita hanya pemimpin bahagian, kerana orang awam akan mengambil apa yang dikata sebagai refleksi keseluruhan parti.”

LEAVE A REPLY