RUU 355

RUU 355 persendirian yang bakal dibentangkan oleh Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang dalam sesi parlimen ini dijangka menemui jalan buntu.

Ini berikutan kekangan dalam sesi dewan parlimen kali ini yang bakal menyaksikan lebih masa ditumpukan untuk membahaskan bajet 2017 oleh ahli parlimen pembangkang dan kerajaan.

Sesi parlimen yang bakal akhir dalam tempoh tiga minggu dari sekarang akan menyaksikan siri sesi perdebatan hangat dalam memperincikan isu .

azalinasKenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman yang memberitahu kemungkinan kesukaran untuk ahli parlimen Marang membentang usul ini disebabkan kekangan masa memungkinkan arah tuju usul persendirian PAS ini bakal tergantung dan tidak boleh dibahaskan .

Namun dalam menjawap kenyataan Azalina, Setiausaha Agung PAS Takiyudin Hasan masih menaruh harapan dan optimis untuk usul ini ‘dijalankan’ juga walaupun ianya sekadar menyentuh perkara awal.

Minggu lepas, PKR telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawasa mereka mengkehendaki untuk PAS terlebih dahulu memperincikan segala isi RUU persendirian ini .

Tambah PKR, usul PAS ini lebih bersifat persendirian dan seharusnya perbincangan dengan pelbagai pihak yang lebih profesional wajib dilakukan terlebih dahulu sebelum ianya dibawa semula ke parlimen.

Parti serpihan PAS, iaitu AMANAH yang sebelum ini dilihat keras membantah usul pada dua minggu lepas telah mengejutkan pelbagai pihak apabila mereka melalui ahli parlimen Kota Raja telah sedia untuk membawa usul ini ke parlimen.

Dakwa AMANAH, usul mereka ini lebih konklusif dan menyeluruh malah ianya selaras dengan kehendak perlembagaan.

Pelbagai pihak sebenarnya menantikan pengakhiran usul ini, samada berjaya dibentang atau tidak kerana ianya bakal membawa impak untuk parti-parti ini menghala tujukan politik mereka menjelang PRU ke-14 kelak.

hashim-jasin1Sekiranya isu ini tidak ke mana, adakah PAS akan sedia kembali ke pangkuan gabungan pembangkang bagi merealisasikan kenyataan Mursyidul Amnya Hashim Jasin baru-baru ini yang menyatakan PAS sedia untuk menimbang usul bertarung satu lawan satu dengan BN ?

Jika perkara ini berlaku, BN dijangka akan menghadapi saingan sengit menuju PRU ke-14 kelak.

Azhar Lineker adalah salah seorang pembaca setia Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah merupakan pandangan peribadi beliau.

LEAVE A REPLY