rumah mampu milik

Majlis Pecah Tanah Pangsapuri @ Sungai Udang di Segambut pada 17 Apr. 2017 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Projek ini menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang menetap di kawasan bandar. Pembinaan 1,251 unit pangsapuri rumah mampu milik ini merangkumi dua blok setinggi 32 tingkat dan dijangka siap pada Disember 2019.

Menerusi projek sewa dan simpan yang julung kali diperkenalkan oleh kerajaan ini, kumpulan sasaran berpeluang menyewa kediaman pada kadar sewa yang lebih rendah iaitu RM800 sebulan. Kadar tersebut merangkumi sewa asal bagi seunit pangsapuri sebanyak RM500 sebulan, manakala lebihan sebanyak RM300 dijadikan sebagai simpanan dan akan dikembalikan semula kepada penyewa selepas tamat tempoh sewaan selama lima tahun.

Pembinaan projek rumah mampu milik di Malaysia terus menjadi keutamaan pihak kerajaan sebagai usaha meningkatkan akses rakyat kepada perumahan mampu milik yang berkualiti.  Kerajaan Persekutuan dalam proses membina sebanyak 723,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara di bawah pelbagai inisiatif seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selain kerajaan negeri. Jumlah ini mewakili 70 peratus daripada keseluruhan satu juta unit rumah yang dijanji disediakan sebelum 2018 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), selaras dengan manifesto BN pada Pilihan Raya Umum 2013.

Sebagai orang Islam, rumah merupakan tempat untuk melaksanakan ibadah kepada Yang Maha Esa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ‘Ada tiga pencapaian yang membanggakan seseorang Muslim di dunia, salah satu daripadanya mempunyai rumah yang luas dan selesa’ (Riwayat Al-Thabrani) jelas menunjukkan keutamaan memiliki kediaman sebagai tempat berlindung.

Baca lagi: BR1M Ganti Subsidi yang Ditarik Dalam Setahun?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here