Thursday, June 29, 2017
Home News Biz RM59.36b Pelaburan Di Iskandar Malaysia

RM59.36b Pelaburan Di Iskandar Malaysia

58
0
Att to:- Bei Shan Iskandar Malaysia

Sektor pembuatan di Iskandar Malaysia sudah mencatat pelaburan komited terkumpul sebanyak RM59.36 bilion sejak 2006 sehingga Mac lalu.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan pelaburan komited yang diterima Iskandar Malaysia iaitu sebanyak RM227.67 bilion.

Beliau berkata, sektor pemb­u­a­­­­­­­­­­­­­­tan kini dilihat semakin berkembang dan menjadi antara sektor terpenting di Iskandar Malaysia.

“Industri elektrik dan elektronik (E&E) telah menyumbang kira-kira 30 peratus dalam sektor pembuatan di rantau ini dan satu pertiga tenaga kerja adalah dalam sektor berkenaan.

“Industri berkenaan di Iskandar Malaysia juga berkembang pesat bagi memenuhi perubahan keperluan pengguna moden pada masa kini,” katanya berucap me­ras­mikan bangunan tambahan Be­yonics Precision (Malaysia) Sdn. Bhd. di Taman Perindustrian I-Park di Indahpura di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Beyonics Internatio­nal Pte. Ltd. (Beyonics), Scott D. Smith.

Beyonics yang berpangkalan di Singapura adalah pengeluar produk elektronik berprestasi tinggi, plastik kejituan tinggi dan komponen logam antaranya membabitkan bidang automotif, perubatan dan industri.

Mengulas mengenai bangunan tambahan itu di tapak seluas 53.766 kaki persegi itu yang menelan kos AS$3 juta, Smith berkata, ia dijangka siap pada suku ketiga tahun ini.

Katanya, dengan penambahan kemudahan ini, jumlah pelaburan terkumpul Beyonics di tapak keseluruhan seluas 421.014 kaki persegi di taman perindustrian berkenaan sejak 2015 sehingga kini adalah AS$17 juta.

Ujar beliau, pihaknya yakin penambahan kemudahan terbaharu itu dijangka mengukuhkan lagi kedudukan syarikat berkenaan di rantau ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here