Sumber imej: propertyinmalaysia.com

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Iskandar Malaysia berjaya meraih pelaburan komited terkumpul berjumlah RM208 bilion, dari 2006 sehingga Jun lalu.

Katanya, daripada jumlah pelaburan komited terkumpul berkenaan, sebanyak RM106.43 bilion atau 51 peratus adalah pelaburan yang sudah direalisasikan.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat model Iskandar Malaysia Greenland Smart City Experiential Centre (SMARTXP), Helios Cove bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim (kanan) , Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), Tan Sri Lim Kang Hoo ( lima dari kanan) sebelum merasmikan Pelancaran Pusat Smart XP di Helios Cove, Jalan Persiaran Senibong di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru. Sumber imej: BHOnline

“Daripada jumlah pelaburan komited terkumpul itu, pelaburan domestik mencatatkan RM124 bilion atau 60 peratus manakala 40 peratus (RM84.05 bilion) adalah pelaburan asing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Iskandar Malaysia Greenland Smart City Experiential Centre (SMARTXP), Helios Cove, Permas Jaya, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Latif Bandi; Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim serta Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), Tan Sri Lim Kang Hoo.

SOURCEBHOnline
SHARE
Previous articleSiti Nordiana Nafi Berlagak Diva
Next article1MDB: Keputusan BNM Satu Bahan Jenaka – DAP
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here