riza
Foto hadapan oleh FMT

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini sedikit kecoh apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mempersoalkan mengapa anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz diberi keistimewaan menaiki jet bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan kerajaan ke China.

Menurut Rafizi, Riza sepatutnya dibicarakan mengenai  skandal 1MDB, namun beliau hairan kenapa Riza boleh diberi keistimewaan seumpama itu.

“Sudahlah jetnya mahal, kami kena tanggung, kemudian dia (Najib) bawa anak tiri dia yang satu dunia tengah cari mengenai wang (yang disalahgunakan) 1MDB.

“Riza Aziz tidak boleh diberi layanan istimewa menggunakan harta rakyat. Beliau sepatutnya ditangkap dan disoal siasat,” kata Rafizi di Dewan Rakyat.

Jelas Rafizi gambar Riza menaiki jet bersama Najib dan kunjungannya yang lain boleh dilihat menerusi siaran RTM semalam.

“Saya pasti rakyat lihat paparan RTM semalam,” katanya.

Riza menjadi subjek siasatan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat. Beliau antara yang dinamakan menerima dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

LEAVE A REPLY