Sumber imej: thestar.com.my

Ringgit meneruskan arah aliran peningkatan semalam berbanding dolar AS didorong minat belian berterusan serta data ekonomi AS yang tidak begitu menggalakkan, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.13 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0070/0120 berbanding dolar AS berbanding 4.0280/0320, semalam.

“Peningkatan awal ringgit adalah lebih disebabkan pembetulan dolar AS berikutan pengumuman data AS yang tidak menggalakkan malam tadi.

“Data produktiviti (yang mengukur pengeluaran sejam bagi setiap pekerja) dilaporkan menurun pada 0.5 peratus kadar tahunan bagi tempoh April-Jun, melanjutkan penurunan paling lama sejak 1979,” kata peniaga.

Ringgit bagaimanapun, diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain di awal dagangan.

Ia lebih kukuh berbanding dolar Singapura pada 2.9865/9914 dari 2.9877/9911 semalam, dan meningkat berbanding euro kepada 4.4646/4718 dari 4.4658/4719.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound British kepada 5.2327/2421 dari 5.2267/2339 dan lemah berbanding yen kepada 3.9505/9574 dari 3.9355/9406.

VIABHOnline
SOURCEBERNAMA
SHARE
Previous articleBekam Bantu Michael Phelps Raih Emas Olimpik
Next articleMan City Akhirnya Dapat Khidmat John Stones
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here