Sumber imej: straitstimes

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini di tengah minat belian sederhana, kata pedagang.

Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.0320/0380 berbanding dolar daripada 4.0670/0740 Jumaat.

Pedagang berkata, permintaan dipacu faktor luaran memberangsangkan disandarkan kepada jangkaan Rizab Persekutuan AS akan menaikkan lagi kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama. Ia menokok berbanding pound British kepada 5.3364/3459 daripada 5.3583/3691 Jumaat dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0087/0155 daripada 3.0108/0169.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.9387/9457 daripada 3.9257/9343 tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.5058/5141 daripada 4.5180/5274.

VIABHOnline
SOURCEBERNAMA
SHARE
Previous article1MDB: CCCC Nafi Dakwaan Sarawak Report
Next article7.7-Magnitude Quake Strikes Mariana Islands
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here