Sumber imej: thestar

Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini disebabkan jangkaan kadar faedah akan dinaikkan di Amerika Syarikat (AS) lewat tahun ini, kata pedagang.

Pada 9.01 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0340/0400 berbanding dolar berbanding penutup Jumaat pada 4.0260/0310.

Pedagang berkata, persekitaran pasaran buruh AS yang bertambah baik dan kemungkinan inflasi akan lebih tinggi adalah masa terbaik bagi Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah tahun ini.

Ringgit juga didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura pada 2.9941/9988 daripada penutup Jumaat pada 2.9898/9939 dan jatuh berbanding yen kepada 3.9775/9846 daripada 3.9393/9454.

Ringgit, bagaimanapun mengukuh berbanding pound British kepada 5.2083/2189 daripada penutup Jumaat pada 5.2153/2230 tetapi lebih lemah berbanding euro kepada 4.4995/5078 daripada 4.4882/4946.

VIABHOnline
SOURCEBERNAMA
SHARE
Previous articleLiverpool Catat Kemenangan Dramatik Ke Atas Arsenal
Next articlePerkahwinan Bukan Hal Utama Rossa
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here