Sumber imej: imoney.my

Ringgit didagangkan lemah berbanding dolar AS pagi ini susulan kelemahan minyak mentah.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.0630/0680 berbanding mata wang AS itu berbanding 4.0300/0400 semalam.

Pengedar berkata, penurunan harga minyak semakin ketara susulan sentimen global yang terus-terus membimbangkan lebihan minyak akan terus menjadi igauan buruk kepada pelabur.

Beliau berkata aliran menurun yang menghantui komoditi serta kebimbangan memuncak apabila menyaksikan penurunan semakin ketara menjadi asas kepada kemungkinan akan berlaku satu lagi pusingan penjualan kelak.

Ringgit turut didagangkan rendah berbanding mata wang lain. Ia turun berbanding pound British kepada 5.4131/4226 dari 5.3309/3465 semalam dan lebih lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0294/0351 dari 3.0068/0165.

Ringgit turut turun berbanding yen pada 4.0144/0214 daripada 3.9619/9736 dan rendah berbanding euro pada 4.5562/5631 daripada 4.5116/5240.

VIABHOnline
SOURCEBERNAMA
SHARE
Previous articleJDT Dapat Pesawat Mewah
Next articleBursa Malaysia Dibuka Rendah
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY