Sumber imej: thestar.com.my

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur kembali kepada mata wang selamat selepas Rizab Persekutuan AS memilih untuk mengekalkan tahap kadar faedah.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.0530/0600 berbanding dolar AS daripada 4.0470/0520 pada Khamis.

Unit tempatan itu juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain. Ia turun berbanding pound British kepada 5.3398/3527 daripada 5.3335/3422 semalam.

Ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0004/0061 daripada 2.9973/3.0015 pada Khamis.

Unit tempatan juga susut berbanding yen kepada 3.8818/8900 daripada 3.8627/8694 pada Khamis dan turun berbanding euro kepada 4.4907/5001 daripada 4.4889/4961 semalam.

SOURCEBERNAMA
SHARE
Previous articleMalaysia Masih Jadi Tumpuan Pelabur
Next articleKelainan Super Spontan Superstar 2016
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here