Sumber imej: thestar

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana peningkatan semula dalam harga minyak mentah dunia menyokong peningkatan kukuh dalam mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada jam 9.01 pagi, unit mata wang tempatan berada pada paras 4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0560/0650 semalam.

Kontrak penanda aras minyak mentah dunia, Brent meningkat ke paras AS$43.53 setong pada pembukaan hari ini.

Affin Hwang Capital Research, dalam nota penyelidikannya hari ini, menyatakan harga minyak mentah meningkat paling tinggi dalam tempoh tiga minggu selepas stok simpanan petrol AS jatuh paling banyak sejak April kerana syarikat penapisan menaikkan kadar operasi.

Ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama lain, dengan meningkat berbanding pound kepada 5.3869/3948 daripada 5.4095/4227 semalam dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0127/0182 daripada 3.0194/0268.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.9882/9943 daripada 4.0051/0152 dan tinggi berbanding euro kepada 4.5010/5082 daripada 4.5387/5504.

VIABHOnline
SOURCEBERNAMA
SHARE
Previous articlePrestasi Saham Tempatan Melonjak Hari Ini
Next articleSaham Asia Mengukuh Susulan Lonjakan Saham Wall Street
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here