Sumber foto: thestar.com.my

RHB Banking Group akan menurunkan Kadar Asas (BR), Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) susulan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3 peratus, baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli. Sumber foto: BHOnline

BR RHB Bank dan RHB Islamic Bank akan diturunkan daripada 3.90 peratus kepada 3.80 peratus setahun dan BLR/BFR turun daripada 6.85 peratus kepada 6.75 peratus setahun berkuatkuasa mulai 22 Julai ini.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Khairussaleh Ramli, berkata semakan semula kadar berkenaan akan merangsang persekitaran ekonomi yang lebih positif.

“Ia juga akan menggalakkan permintaan dalam negeri dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta meringankan beban kewangan pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SOURCEBHOnline
SHARE
Previous articleFilem Skiptrace Gegar Seluruh Pawagam Esok
Next articlePutting More Money Into Your Pocket
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY