remy ishak
Cover image via Berita Harian

Pelakon, Remy Ishak, mengesahkan sudah pun bertunang dengan wanita pilihannya, yang juga seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof, pada hari ahad lepas.

Remy, 35, ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp turut memohon peminatnya mendoakan kebaikan untuk beliau.

“Alhamdulillah, terima kasih. Ya, saya sudah bertunang. Semuanya OK, doakan yang baik-baik ya,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai kesahihan dirinya bergelar tunangan orang.

Ditanya mengenai tarikh perkahwinan mereka, bintang drama rantaian Cik Serba Tahu itu enggan mengulas lanjut. Berdasarkan foto pertunangan yang dimuat naik Ezza di akaun

Instagramnya, ramai yang mengucapkan tahniah kepada beliau dan mendoakan supaya hubungannya dengan Remy bahagia hingga ke akhir hayat.

Difahamkan, majlis pertunangan itu berlangsung di kediaman bakal isterinya di Pahang. Pada majlis itu, Ezza menggayakan baju berwarna ungu muda, manakala Remy memakai kemeja rona biru.

Baca lagi: Remy Ishak Rujuk Pakar Kanser

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here