Sumber imej: straitstimes

Kira-kira 30 peratus pembiayaan runcit dan peribadi berlandaskan syariah di Sabah dan Sarawak ketika ini membabitkan pelanggan dari kalangan bukan Islam.

Ketua Pegawai Strategik Kumpulan BIMB Holdings Berhad Hizamuddin Jamaluddin berkata bagi pembiayaan komersial, jumlah pembiayaan dalam kalangan usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera sama banyak, kira-kira RM2 bilion.

Kebanyakan Perusahaan Kecil dan Sederhana di negara ini juga memilih pembiayaan menerusi syariah yang dilihat lebih bertanggungjawab dalam perkhidmatannya di samping menawarkan kadar pembiayaan yang kompetetif, katanya.

“Sabah dan Sarawak merupakan contoh terbaik… kita ada ramai pelanggan dari kalangan bukan Islam di sini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis bersama media di hari ini.

Hizamuddin berkata selain aspek kompetitif, pelanggan bank kini dilihat berminat kepada khidmat pembiayaan yang lebih bertanggungjawab, di samping produk serta perkhidmatan yang lebih berinovasi.

Menurutnya kekeliruan atau salah anggap mengenai perbankan patuh syariah ketika ini semakin hilang, dan hasil penerangan yang lengkap dalam menyampaikan portfolio bank, semakin ramai daripada kalangan pelanggan bukan tradisional Bank Islam kini memilih kaedah pembiayaan Islam.

Beliau berkata pelanggan besar di Sabah dan Sarawak juga melihat kepada perkhidmatan yang berteraskan tadbir urus sosial berkaitan kepekaan bank terhadap alam sekitar, di samping turut mengambil kira penglibatan bank dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya.

LEAVE A REPLY