Sumber imej: asiaone.com

Rakyat Singapura paling pesimistik berhubung ekonomi negara mereka dalam tempoh tujuh tahun. Mereka menjadi semakin muram memikirkan kualiti hidup, pendapatan dan keselamatan terhadap pekerjaan mereka.

Indeks keyakinan pengguna Mastercard bagi Singapura menjunam kepada 33.6 pada separuh pertama 2016, susut daripada 44.3 bagi tempoh enam bulan sebelumnya, kata Mastercard dalam satu kenyataan.

Ia adalah paras terendah sejak Jun 2009, apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu menguncup untuk empat suku berturut-turut.

“Penyusutan dalam keyakinan pengguna mencadangkan bahawa pengguna akan kekal berhati-hati,” kata Weiwen Ng, ahli ekonomi di Australia & New Zealand Banking Group Ltd di Singapura.

“Risiko kelemahan luaran melimpah ke dalam aktiviti domestik….akan terus memberikan kesan kepada pasaran buruh, mendiamkan kedua-dua tinjauan pertumbuhan dan inflasi.”

Menteri perdagangan Singapura pada 11 Ogos lalu merendahkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi 2016 selepas pertumbuhan ekonomi suku kedua berkembang lebih perlahan berbanding unjuran sebelumnya.

Ahli ekonomi meramalkan ekonomi Singapura berkembang 1.8 peratus tahun ini, kadar paling perlahan sejak 2009, apabila ekonomi negara itu menguncup 0.6 peratus, demikian menurut data dikumpulkan Bloomberg.

Indeks keyakinan pengguna itu menjejaki kadar pertumbuhan KDNK tahun ke tahun sejak dua dekad lalu. Menurut Mastercard keyakinan pengguna Singapura menunjukkan penyusutan ketara berbanding bacaan 32.1 bagi Hong Kong, terendah sejak separuh pertama 2011 dan skor paling lemah di Asia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here