rakyat
Foto oleh FMT

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak semalam berkata media pro-pembangkang sering menunjukkan penyertaan besar dalam perhimpunan yang dianjurkan pembangkang, tetapi berkata ia tidak menjadi kayu ukur sokongan rakyat.

“Jika jumlah kehadiran menjadi penentu kemenangan pilihan raya, pembangkang sepatutnya menang pilihan raya pada 1999,” kata menteri menteri komunikasi dan multimedia itu dalam blognya.

Pilihan raya umum 1999 diadakan di sebalik demonstrasi besar-besaran menuntut peletakan jawatan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia susulan pemecatan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setahun sebelum itu, yang mencetuskan gerakan reformasi.

download

Pembangkang di bawah kerjasama Barisan Alternatif gagal menumbangkan kerajaan, bagaimanapun berjaya menawan Terengganu dan memenangi 45 kerusi Parlimen, di sampin 40% undi popular.

Salleh mengakui kehadiran penyokong pembangkang adalah ramai, namun masih kalah dalam pilihan raya kecil.

Komen beliau dipercayai merujuk 2 perhimpunan serentak oleh Bersih 2.0 dan Gerakan Baju Merah yang diketuai pemimpin Umno Selangor, Datuk Seri Jamal Yunos, di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Salleh berkata, rakyat lebih gemar melihat rancangan dan dasar kerajaan serta jaminan masa depan.

“Kita tidak harus ‘menang sorak kampung tergadai’,” tulisnya.

LEAVE A REPLY