raja afiq
Cover image via Rotikaya

Hanya sempat bercinta selama 5 bulan, nampaknya hubungan cinta yang terjalin di antara Anis Al Idrus dan juga pelakon baru Raja Afiq sudah pun berakhir walaupun sebelum ini mereka menafikan gosip tersebut.

“Ketika itu, saya masih tidak berani untuk bercakap mengenai perkara ini. Tetapi apabila fikir kembali, sampai bila saya mahu menyembunyikan kenyataan ini khususnya dengan peminat kerana nanti semua orang akan tahu perkara sebenar”

“Saya tiada nita untuk membiarkan orang luar berteka-teki mengenai hubungan kami. Saya juga tidak mahu perkara ini dijadikan isu, membuatkan saya membiarkan sahaja dulu sehingga bersedia untuk berkongsi mengenainya,” jelas Raja Afiq.

Selain itu, dia menyifatkan kisah cinta mereka adalah disebabkan tiada jodoh selain masing-masing turut mempunyai jadual kerja yang padat. Apa pun, Raja Afiq tidak mahu menyalahkan mana mana pihak di atas perkara yang terjadi selain mahu memberi tumpuan kepada kerjaya dan juga keluarga.

Baca lagi: “Itu Semua Fitnah” – Anis Al Idrus

LEAVE A REPLY