Proton Iriz
Foto oleh paultan.org

Proton Holdings Bhd hari ini melancarkan Proton Iriz Edisi Terhad, yang boleh didapati dalam dua varian iaitu Iriz 1.3 CVT Standard dan 1.3 CVT Executive. Kedua-dua varian dilengkapi dengan pelekat khas.

Model edisi terhad ini telah dilancarkan hari ini oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines di Seri Kembangan.

Terdapat dua pilihan jalur pelekat iaitu ‘Honeycomb’ atau ‘The Stripes’.

Proton Iriz
Foto oleh paultan.org

Model Proton Iriz Edisi Terhad yang menggunakan pelekat Honeycomb boleh didapati pada warna model Graphite Grey dan Cotton White, sementara yang The Stripes pula boleh didapati di Fire Red dan Blue Atlantic.

Proton berkata siri edisi terhad yang sporty adalah hadiah Proton kepada pelanggan mahukan gaya hidup eksklusif dan progresif serta moden.

Hanya 2,000 unit Proton Iriz Edisi Terhad akan dijual dengan harga antara RM44,450 hingga RM49,130 bagi Semenanjung Malaysia.

Model ini adalah dibuka untuk tempahan di semua cawangan Proton di negara ini.

Di samping itu, Proton turut menawarkan diskaun sehingga RM8,000 untuk model terpilih pada bulan November.

LEAVE A REPLY