Sumber imej: mole.my

DRB-Hicom Bhd akan terus mengekalkan Proton sebagai jenama kereta nasional yang menjadi legasi industri automotif dan terus menyumbang faedah ekonomi kepada negara.

“Saya tidak fikir Proton akan berhenti atau DRB-Hicom akan berhenti,” kata Pengerusinya, Tan Sri Mohd Khamil Jamil. Sumber imej: FMT

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata, Proton adalah ikon Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara, termasuk dari segi pekerjaan, cukai, penyelidikan dan pembangunan.

“Saya tidak fikir Proton akan berhenti atau DRB-Hicom akan berhenti,” katanya pada pelancaran Pos Laju EziDrive-Thru oleh Pos Malaysia Bhd, anak syarikat DRB-Hicom dengan kepentingan 53.5%.

Khamil yang pernah menjadi pengerusi eksekutif lembaga pengarah Proton Holdings dari 19 Mac 2012 sehingga 16 Mei 2014 berkata demikian ketika ditanya laporan DRB-Hicom mungkin melupuskan semua kepentingannya dalam Proton.

“Saya tidak lagi berada dalam pengurusan Proton, tetapi saya melihat syarikat pengeluar kereta itu sedang menuju ke tempat yang betul sekarang. Dari hari pertama apabila DRB-Hicom memperoleh Proton Holdings (pada 15 Mac 2012), ia sentiasa berhasrat mencari rakan strategik.

“Kami mengakui sebagai satu-satunya pengeluar kereta nasional di negara ini, termasuk di rantau ini, Proton Holdings tidak akan mampu berkembang atau mengeluarkan lebih banyak kereta tanpa rakan strategik, kerana kami adalah sebuah industri yang masih muda di Malaysia.
“Ia sentiasa menjadi hasrat kami dan kami sentiasa mencari. Malah, kami pernah mengadakan perbincangan tetapi malangnya disebabkan terma, syarat dan isu tertentu, kami tidak dapat memuktamadkan perjanjian itu.
“Sekarang, dengan pengurusan baharu Proton Holdings, saya fikir ia akan dapat bekerjasama dengan kerajaan dan kami menghargai keprihatinan kerajaan terhadap industri ini dan menyokong Proton,” katanya.

 

“Saya tidak lagi berada dalam pengurusan Proton, tetapi saya melihat syarikat pengeluar kereta itu sedang menuju ke tempat yang betul sekarang. Dari hari pertama apabila DRB-Hicom memperoleh Proton Holdings (pada 15 Mac 2012), ia sentiasa berhasrat mencari rakan strategik. Sumber imej: paultan.org

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, DRB-Hicom menekankan ia mempunyai ‘komitmen tinggi’ untuk memegang kepentingan besar dan strategik dalam Proton.

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada syarat pinjaman RM1.5 bilion yang diluluskan kerajaan, Proton sedang melaksanakan permohonan cadangan (RFP) untuk mencari rakan strategik yang boleh menyediakan keperluan operasi serta budaya secara tetap, bagi mengembangkan perniagaan automobilnya.

Proses itu dijangkakan selesai pada suku pertama 2017 dan pelaksanaannya diselia Jawatankuasa Tugas Khas yang dibentuk kerajaan bagi memantau pemulihan Proton.

Saham DRB-Hicom di Bursa Malaysia menokok enam sen untuk ditutup pada RM1.22 dengan 14.2 juta saham diniagakan hari ini.

SOURCEBERNAMA
SHARE
Previous articleMuhyiddin Daftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Next articlePingat Perak Untuk Malaysia Di Rio
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY